Salam sejahtera,
Salam perkenalan juga kepada mereka yang baru membaca blog ini.
Sebelum saya meneruskan bicara penulisan ini, peringatan untuk anda yang baru membaca dan sudah sedia membaca blog ini, untuk makluman anda blog ini menceritakan berkaitan kisah dan perlihal orang-orang yang telah berjaya dalam pelbagai bidang, blog ini ditulis bagi memberi inspirasi kepada anak muda seperti saya serta menjadi panduan untuk mereka yang ingin bergelar JUTAWAN.....
Bagi permulaan bicara penulisan ini menyentuh berkaitan jutawan yang penipu. hal ini kerana dewasa ini ramai yang ingin bergelar jutawan memiliki kereta yang besar, rumah yang besar serta kalau boleh keluarga juga besar (Poligami) bagi lelaki, malangnya mereka kebanyakan menipu dan cuba membuat pelbagai hal yang membuatkan orang ramai tertipu. SKIM CEPAT KAYA, pengalaman yang pernah dilalui di kampung saya, maaf disini saya tidak boleh sertakan nama kampung kerana dikhuatiri akan mendapat publisiti murahan, kisah benar terjadi, skim ini menular di kampung, walaubagaimanapun, orang ramai tidak sedar mereka ditipu, habis barang kemas, geran tanah, kereta dan duit simpanan lesap menjadi korban, lebih baik duit itu dikorban ketika musim haji..tukar dengan lembu alangkah bagus sangat.. fakir-fakir misikin dapat jugak merasa daging yang mungkin tunggu setahun sekali baru dapat rasa, sungguhpun zaman serba canggih, maklumat sampai begitu cepat, kenapa boleh terjadi aksi tipu dan tertipu, ?? persoalan yang sering timbul. mungkin ada yang akan memberi jawapan seperti ini.. mereka menipu orang kampung boleh la... jangan persendekan orang kampung..saya mohon maaf bagi mereka yang berkata begitu :) itulah kelicikan para penipu mereka akan menukar pelbagai kaedah dan cara untuk menjadi kaya, orang yang bijak pandai pun boleh tertipu dengan isi yang tersurat dan tersirat oleh si penipu ini. Jadi disini saya tegaskan tolong la..jangan asyik nak cepak kaya sanggup menipu dan makan duit orang, bagi mereka yang telah bergelumang dengan aktiviti ini cuba2 lah bawak bertaubat sebelum bumi menutup kita..perasaan sedih kepada orang yang ditipu, berusaha lah cari kaedah2 yang baik dalam menjalankan perniagaan..anda mungkin banyak idea ketika hendak menipu, tapi cuba tukarkan kepada idea yang baik untuk kekayaan bersama..mungkin post saya yang akan datang saya akan menulis berkaitan kaedah-kaedah yang berguna untuk semua dalam memulakan perniagaan terutama mereka yang bergelar graduan sedang menanam buah anggur. terima kasih jumpa lagi penulisan saya yang akan datang.
No comments:
Post a Comment